Skip to main content

GSC berkerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) melalui program ‘Kre8tif’ telah melancarkan Festival Filem Animasi Malaysia (MAFF) untuk kali kedua baru-baru ini. Penganjuran ini akan bermula pada 3 hingga 30 Oktober 2024.

MAFF tahun ini akan menyertakan 14 filem pendek dan juga Grimoire iaitu filem animasi oleh Jared Lee. Filem tersebut telah memenangi Animasi Terbaik di USA Film Festival dan San Diego Comic-Con Film Festival 2023 menjadikan filem tempatan pertama untuk memenanginya.

14 filem pendek yang akan diperlihatkan membawa gaya animasi dan tema yang berbeza dengan berikut merupakan judul dan juga pengarah:

  • BIJI oleh Chew Kin Lek
  • Borih, The Bidayuh Paddy Priestess oleh Will K
  •  Dead Da oleh Tan Hui Ci
  • Fish Memory oleh Siti Sarah Binti Sheik Sharufuddin & Hazelina binti Hezly
  • Gnome oleh Sacha Goedegebure
  • Grimoire oleh Jared Lee
  • Kayuh! oleh Zulhelmy Rusidan (Saikomi)
  • Kring! oleh Hilmi Ismail
  • My Love oleh Tan Zheng Ning
  • Strings oleh Julian Chong Kah Hoong
  • The 7th Night: MaoMao Revisits oleh AhLoong
  • The Dalang’s Tale oleh Irwan Junaidy, Maizura Abas & Atiqah Mohd Abu Bakar
  • The Muralz: Year of The Flying Dragon oleh Jeremy Lee
  • The Cliff House oleh Wong Jin Yao
  • VOW oleh Wong Xu Hong

Harga tiket untuk MAFF adalah RM15 melibatkan cawangan-cawangan GSC seperti berikut: GSC Mid Valley, GSC 1 Utama, GSC LaLaport, GSC IOI City Mall, GSC Gurney Plaza, GSC Paradigm, GSC Dataran Pahlawan, dan GSC Suria.

Leave a Reply