Skip to main content

EA dan Respawn Entertainment hari ini telah melancarkan Star Wars Jedi Survivor untuk dua konsol tambahan iaitu konsol generasi lepas – PlayStation 4 dan Xbox One. Permainan ini pada awalnya dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC sahaja pada tahun lepas.

Star Wars Jedi: Survivor merupakan permainan terbaru di dalam siri Star Wars Jedi yang dilancarkan pada tahun lepas untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Walaupun dilancarkan untuk konsol generasi terkini sahaja sebelum ini, permainan ini dilancarkan dengan pelbagai masalah prestasi terutama bagi versi PC oleh itu agak menarik untuk melihat bagaimana ia dimainkan di konsol generasi lepas.

Walaupun dengan masalah prestasi, Star Wars Jedi: Survivor masih satu permainan yang baik dengan penceritaan menarik dan rekaan dunia yang seronok untuk mengembara. Anda boleh baca ulasan kami di pautan berikut: Ulasan Star Wars Jedi: Survivor.

Leave a Reply