Skip to main content

HoYoverse telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya untuk Zenless Zone Zero iaitu versi 1.2 yang juga menggunakan judul Tour de Inferno akan menemui pemain pada 25 September 2024. Kemaskini ini antaranya membawa pemain ke kawasan baharu dan watak seperti Caesar dan Burnice juga akan disertakan.

Outer Ring merupakan kawasan baharu yang akan disertakan, ia akan menjadi satu lokasi penting untuk penceritaan yang bertempat di luar pusat bandar New Eridu. Walaupun terpinggir, kawasan ini kaya dengan sumber minyak yang mengakibatkan ia menjadi fokus pertempuran diantara kumpulan-kumpulan berbeza.

Salah satu kumpulan tersebut adalah Sons of Calydon yang berfungsi sebagai satu syarikat logistik dikenali sebagai “Leaps and Bounds”. Dua watak baharu merupakan sebahagian daripada Sons of Calydon ialah Caesar yang merupakan watak S-Rank dengan serangan Physical.

Satu lagi ialah Burnice yang merupakan watak S-Rank menggunakan elemen Fire. Mereka akan disertai oleh Bangbook S-Rank iaitu Red Moccus yang juga sebahagian daripada Sons of Calydon.

Selain itu, kemaskini ini juga akan menyertakan mod masa terhad iaitu “Bizarre Brigade” yang boleh dimainkan di Goldfinger. Ia merupakan permainan arked menembak yang turut mempunyai elemen roguelike. Kemaskini ini juga menyertakan pelbagai penambah-baikkan untuk quality of life.

Zenless Zone Zero sudah dilancarkan untuk PlayStation 5, PC, iOS dan Android sebagai permainan percuma dan mneyertakan pembelian di dalam permainan.

Leave a Reply