Netflix telah mengumumkan yang penggambaran untuk musim keempat bagi siri Bridgerton sudah bermula.
Bersama dengan pengumuman ini mereka juga berkongsi gambar Luke Thompson yang melakonkan watak Benedict Bridgeton dan Yerin Ha yang membawa watak Sophie Baek di Shepperton Studios yang akan menjadi tempat utama penggambaran.

Selain itu Netflix juga telah mengumumkan beberapa pelakon baharu yang akan menyertai siri ini iaitu Katie Leung membawa watak Lady Araminta Gun, Michelle Mao membawa watak Rosamund Li, dan Isabella Wei membawa watak Posy Li bersama dengan Emma Naomi sebagai Alice Mondrich dan Hugh Sachs yang membawa waak Brimsley kembali sebagai watak utama musim ini.
Musim baharu ini akan memfokuskan kepada anak kedua Bridgerton iaitu Benedict di dalam misinya untuk mencari Sophie Baek.
Netflix boleh dilanggan dengan harga langganan bermula RM17 sehingga RM55.