Disney+ Hotstar telah mengumumkan yang filem animasi Inside Out 2 akan mula disiarkan di platform tersebut pada 25 September 2024. Inside Out 2 sebelum ini diterbitkan di pawagam pada bulan Jun tahun ini.
Sepanjang tayangan tersebut, Inside Out 2 telah mengutip $1.675 bilion untuk menjadikannya sebagai filem animasi dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman mengatasi Frozen II yang memegang takhta ini sejak tahun 2019.
Ia merupakan filem susulan kepada Inside Out yang diterbitkan pada tahun 2015 dan mengikut watak utama yang sama iaitu Riley Andersen bersama dengan watak-watak emosi yang berada di dalamnya. Melalui ulasan, kami mengatakan yang filem ini menarik walaupun kurang beremosi seperti filem yang pertama.
Baca: Ulasan Inside Out 2