Skip to main content

Satu kumpulan yang digelar sebagai The Flappy Bird Foundation Group telah mengumumkan yang mereka mendapat hak tanda dagang bagi Flappy Bird daripada Gametech Holding, bersama dengan hak untuk permainan asal dan juga watak Piou Piou vs Cactus. Mereka juga ingin membawa kembali permainan tersebut pada tahun depan.

Flappy Bird merupakan permainan side-scroller yang memerlukan pemain untuk mengawal burung dengan menekan skrin. Ia dibangunkan oleh pembangun solo iaitu Dong Nguyen. Permainan ini telah menjadi satu fenomena selepas dilancarkan pada tahun 2013 sehinggakan menjana lebih $50 ribu sehari melalui pengiklanan di dalam permainan.

Walaupun kejayaan ini, pada tahun 2014 Dong Nguyen telah membuang permainan ini daripada App Store dan juga Play Store mengatakan yang beliau berasa bersalah kerana permainan ini menjadi satu ketagihan dan digunakan terlalu kerap.

Selain iOS dan Android, Flappy Bird yang akan kembali ini juga akan tiba di platform lain yang akan diumumkan kemudian.

Leave a Reply