Skip to main content

Al-Rami Esports kini menjadi peserta baharu dalam arena esukan global, dan telah melantik secara rasminya Aiman Wafiy Roslan sebagai CEO syarikat berkenaan. Aiman merupakan nama yang tidak asing dalam arena esukan, dan pernah membawa RSG Malaysia kepada kemenangan besar pada 2021 lepas melalui PUBG Mobile, Mobile Legends Bang Bang, dan juga Call of Duty Mobile Championship.

Kini, bajet awal sebanyak $4 juta diperuntukkan dibawah Al-Rami Esports bagi tahun pertama operasinya pada 2025, dan akan mula menyertai arena kompetetif melalui Mobile Legends Bang Bang. Selain itu, Al-Rami Esports turut menyasarkan untuk menyertai pertandingan utama pada Esports World Cup melalui Tekken 8, Street Fighter 6, Sim Racing, PUBG Mobile dan juga EA Sports FC. Selain itu, Al-Rami Esports turut sedang melihat untuk turut memfokuskan Honor of Kings.

Al-Rami Esports menyasarkan untuk berkongsi lanjut berkenaan dengan sasaran dan usaha mereka dalam arena esukan ini dalam masa terdekat ini.

Leave a Reply