Warner Bros Discovery melalui HBO telah mengumumkan yang mereka akan menghasilkan semula kisah Harry Potter di dalam bentuk siri TV.
Mereka juga mengumumkan yang Francesca Gardiner akan menjadi showrunner dan juga penulis untuk siri TV ini. Beliau sebelum ini merupakan penerbit serta penulis untuk siri TV seperti Succession dan His Dark Material, kedua-duanya bersama dengan HBO.
Terkini, melalui penyenaraian di laman Cast It Talent, HBO sudah memulakan proses pencarian pelakon untuk watak Harry Potter, Hermione Granger dan Ron Weasley. Watak-watak ini adalah terbuka untuk pelakon berumur 9 sehingga 11 tahun pada April 2025 yang menetap di UK atau Ireland.
Penyenaraian ini juga mengatakan yang mereka terbuka untuk memilih pelakon daripada pelbagai jantina dan bangsa, oleh itu semua yang berminat boleh memohon untuk mana-mana watak tanpa mengambil kira perkara-perkara tersebut.
Siri ini dijangkakan tiba pada tahun 2026.