Skip to main content

Nintendo telah mengumumkan yang permainan mudah alih Animal Crossing: Pocket Camp akan ditamatkan perkhidmatannya pada 28 November 2024. Permainan ini dilancarkan pada tahun 2017 untuk iOS dan juga Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Bagi pemain yang ingin terus bermain, ada berita baik oleh Nintendo. Mereka mengatakan yang versi baharu untuk permainan ini sedang dibangunkan yang membolehkan pemain untuk terus bermain tetapi tidak akan menyertakan elemen-elemen pembelian di dalam talian. Maklumat lanjut mengenai versi baharu ini akan diumumkan pada bulan Oktober ini.

Selain permainan ini, Nintendo sebelum ini juga telah menutup beberapa permainan mudah alih mereka seperti Miitomo, Dragalia Lost, dan Dr. Mario World.

Leave a Reply