Pelakon James Earl Jones diumumkan telah meninggal dunia pada hari Isnin lepas, beliau merupakan pelakon veteran yang terkenal sebagai Darth Vader untuk siri filem Star Wars dan juga Mufasa di dalam filem The Lion King.
Beliau berumur 93 tahun dan terlibat dengan dunia hiburan sejak tahun 1953 lagi, beliau terlibat dengan pelbagai siri TV seperti Guiding Light dan As The World Turns filem pertama beliau ialah Stanley Kubrick’s Dr. Strangelove yang diterbitkan pada tahun 1964.
Beliau mula menyuarakan watak Darth Vader melalui filem pertama francais ini iaitu Star Wars: Episode IV – A New Hope pada tahun 1977, kembali untuk filem seterusnya iaitu Star Wars: Episode V – The Empire Strikes Back pada tahun 1980 tetapi nama beliau hanya mula dikreditkan sebagai suara untuk Darth Vader di dalam filem ketiga iaitu Star Wars: Episode VI – Return of the Jedi.
Selain Darth Vader, beliau juga terkenal sebagai Mufasa untuk filem animasi The Lion King yang diterbitkan pada tahun 1994, The Lion king II: Simba’s Pride pada tahun 1998 dan sekali lagi membawa watak tersebut di dalam penghasilan semula The Lion King pada tahun 2019.
James Earl Jones meninggalkan seorang anak, Flynn Earl Jones berumur 42 tahun.