Skip to main content

PlayStation hari ini telah mengumumkan yang mereka akan melakukan ‘Perkongsian Teknikal’ pada 10 September, 11 malam. Perkongsian ini akan dilakukan oleh Mark Cerny iaitu arkitek untuk PlayStation 5 dan berdurasi selama 9 minit.

Mereka sekadar mengatakan yang perkongsian ini akan memfokuskan kepada PS5 dan inovasi di dalam teknologi permainan video, namun ini berkemungkinan besar akan menjadi acara mereka mengumumkan PlayStation 5 Pro.

Berdasarkan maklumat yang tertiris sebelum ini, berikut adalah antara spesifikasi untuk PS5 Pro.

  • Memori Sistem: Jalur lebar meningkat kepada 576 GB/s berbanding 448 GB/s di PS4. Selain itu, turut dinyatakan yang memori sistem PS5 Pro adalah lebih efisien yang akan memberikan peningkatan jalur lebar melebihi 28%.
  • CPU: PS5 Pro menggunakan CPU yang sama tetapi ia menyertakan ‘High CPU Frequency Mode’ yang mempertingkatkan kadar jam ke 3.85GHz berbanding 3.5GHz tetapi akan mengurangkan prestasi GPU lebih kurang 1%.
  • GPU: 33.5 Teraflops berbanding 10.28 Teraflops di PS5 akan tetapi menurut The Verge peningkatan kelihatan lebih besar kerana perubahan seni bina RDNA. Jumlah yang sebenar boleh dikatakan 17 Teraflops.
  • Ray Tracing: PS5 Pro boleh menjalankan Ray Tracing 2 hingga 3 kali lebih baik, 4 kali untuk kes-kes tertentu.
  • Teknologi: PS5 Pro akan menyokong teknologi baharu iaitu ‘PlayStation Spectral Super Resolution Upscaling’ (PSSR) iaitu teknologi yang berfungsi seperti Nvidia DLSS dan AMD FSR.

PS5 Pro dijangkakan mula ditawarkan di beberapa pasaran terpilih pada akhir tahun ini.

Leave a Reply