Skip to main content

Apple TV+ telah mengumumkan yang filem dokumentari The Last of the Sea Women akan disiarkan di platform tersebut pada 11 Oktober 2024. Dokumentari ini adalah mengenai kehidupan Haenyeo iaitu ‘wanita laut’ di Pulau Jeju, Korea Selatan.

Haenyeo merupakan sekumpulan wanita warga emas yang menyelam tanpa oksigen untuk menuai makanan laut. Namun, dengan mereka semakin berumur dan ketiadaan orang mudah yang ingin mengikut jejak langkah pekerjaan menghampiri kepupusan.

Filem ini diarahkan oleh Sue Kim, manakala aktivis wanita Malala Yousafzai merupakan penerbit dengan studio penerbitan adalah A24.

Apple TV+ ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple Arcade dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+

Leave a Reply