Skip to main content

Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia musim ke-14 baru sahaja bermula hujung minggu lepas dan ia telah mencatat rekod baharu untuk tontonan serentak bagi perlawanan Regular Season.

Perlawanan pertama musim ini iaitu di antara juara musim lepas dan juga juara MSC Selangor Red Giants (SRG) yang bertemu dengan naib juara musim lepas Homebois. Perlawanan ini telah mencatat 245,841 penonton serentak berbanding rekod sebelum ini iaitu 228,679.

SRG memenangi perlawanan ini dengan skor 2-1, mereka juga bermain sekali lagi pada hari kedua menentang Team Rey yang turut dimenangi dengan lebih mudah. Mereka kini berada di puncak liga namun satu-satunya pasukan dengan dua perlawanan setakat ini.

Manakala pasukan lain yang bermain adalah Team Vamos mengalahkan Red Esports, JP Niners mengalahkan Team Rey, Team Haq mengalahkan RSG, dan Monster Vicious mengalahkan Todak dengan kesemua skor 2-1 kecuali Vamos yang menang dengan skor 2-0.

Perlawanan akan diteruskan untuk minggu kedua bermula pada 13 September sehingga 15 September.

Featured Image: MPL Malaysia

Leave a Reply