Skip to main content

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah mengumumkan permohonan untuk tiga geran mereka iaitu Digital Content Grant (DCG), Malaysia Digital Catalyst Grant (MDGC), dan Malaysia Digital Export Grant (MDXG) kini dibuka.

DCG merupakan geran yang khusus untuk syarikat-syarikat yang menerbitkan kandungan-kandungan kreatif. Geran ini dibahagikan kepada tiga jenis seperti berikut:

  • Mini Grant: Geran ini adalah untuk menyokong pembangunan, produksi, dan juga pengkomersialan kandungan digital dengan jumlah siling adalah RM150 ribu untuk setiap penerima
  • Prime Grant: Geran ini adalah untuk menyokong pembangunan, produksi, dan juga pengkomersialan kandungan digital dengan jumlah siling adalah RM500 ribu untuk setiap penerima
  • Marketing & Commercialisation Grant: Geran ini khusus untuk menyokong pengkormersialan kandungan digital dengan jumlah siling adalah RM300 ribu untuk setiap penerima.

Mini Grant adalah terbuka kepada syarikat pencipta kandungan digital tempatan, enterprise, milikan tunggal, rakan kongsi dan liabiliti berhad. Manakala bagi Prime Grant dan Marketing & Commercialisation Grant terbuka untuk syarikat yang berdaftar di Malaysia dan terdiri daripada sekurang-kurangnya 51% rakyat Malaysia, dengan modal saham yang diterbitkan RM20 ribu dan berstatus Malaysia Digital (MD) dan/atau berstatus Multimedia Super Corridor (MSC).

Bagi maklumat lanjut dan juga permohonan boleh layari laman MDEC.

Antara penerima geran ini sebelum ini adalah 7th Beat Games yang menerbitkan permainan Rhythm Doctor, Animonsta Studios untuk projek Mechamato, Kaigan Games untuk projek Simulacra 2 dan Magnus Games Studio untuk permainan Re: Legend.

Manakala MDGC dan MDXG pula ia lebih memfokuskan kepada penyedia perkhidmatan-perkhidmatan teknologi dengan menawarkan geran sebanyak RM1 juta atau 50% kos keseluruhan projek.

Anda boleh layari laman ini untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply