Wargaming telah mengumumkan yang bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-9 untuk permainan World of Warships mereka akan menganjurkan pelbagai acara dan juga ganjaran untuk pemain.

Antara ganjaran dan juga aktiviti bersempena ulang tahun ini adalah seperti berikut:

  • Festive Tokens yang boleh ditukar dengan kapal penjelajah Premium Roschester, kontena, token Aquatica, lencana dan juga bendera.
  • Pemain juga boleh mengumpul koleksi teka-teki melalui Battle of Pasa De Patria untuk mendapatkan kapal komander Pan-Amerika Joaquim Marques Lisboa.
  • Acara Aquatica Fair dalam Armoury, Ganjaran Harian Ulang Tahun, dan Pass Acara Ulang Tahun ke-9 dengan ganjaran tambahan

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang Kapal perang Ipiranaga, Los Andes dan Libertad kini tersedia, manakala kapal pemusnah Perancis kini dalam Tech Tree. Musim baharu untuk Ranked sudah bermula 5 September, Brawls pada 9 September dan Clan Battles pada 11 September.

World of Warships: Legends juga menerima kemaskini melalui kempen Tempest of Renaissance dengan ganjaran kapal penjelajah Michaelangelo, akses awal untuk kapal pemusnah Pan-Eropah dan juga koleksi Tentera Laut Eropah dengan ganjaran kapa pemusnah Orjen.

World of Warships sudah dilancarkan untuk PC, manakala World of Warships: Legends sudah dilancarkan untuk PlayStation, Xbox, iOS dan Android.

Sohor Kini