Acer dengan secara rasminya turut terlibat di dalam penawaran PC mudah alih selepas mengumumkan Nitro Blaze 7 secara rasmi di IFA. Ia akan menggunakan cip AMD Ryzen 7 8840HS dan kad grafik AMD Radeon 780M.
Bagi paparan, ia menyertakan skrin bersaiz 7-inci dengan resolusi HD penuh (1920 x 1080) yang menggunakan panel IPS. Ia menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz, 7ms tempoh reaksi dengan teknologi AMD FreeSync.
Bagi storan ia dikatakan menyokong sehingga 2TB, tetapi mungkin berbeza mengikut model pilihan. RAM ia mempunyai 16GB LPDDR5x SDRAM dengan kelajuan 7500 MT/s.
Seperti mana PC mudah alih yang lain selain daripada Steam Deck, Nitro Blaze 7 juga menggunakan sistem operasi Windows 11 dan Acer menyertakan aplikasi Acer Game Space yang baharu untuk menyokong permainan daripada gedung-gedung yang berbeza.
Pengumuman lanjut mengenainya termasuk juga penawaran di Malaysia akan diumumkan kemudian.