The International 2024 iaitu antara kejohanan terbesar untuk Dota 2 bermula secara rasmi hari ini dan akan berlanjutan sehingga 15 September. Kejohanan ini melibatkan 16 pasukan iaitu 6 pasukan yang dijemput, manakala 10 lagi pasukan yang melalui pusingan kelayakan untuk setiap benua iaitu dua pasukan dari Eropah Barat, China, Asia Tenggara, dan Amerika Selatan serta satu pasukan dari Eropah Timur dan Amerika Utara.
Senarai pasukan adalah seperti berikut:
Kejohanan ini dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Peringkat Kumpulan, Peringkat Penentuan dan juga Acara Utama dengan jadual seperti berikut:
Peringkat Kumpulan
Bermula 4 September sehingga 5 September dengan kesemua 16 pasukan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kesemua perlawanan akan dimainkan secara Bo2.
Peringkat Penentuan
Dua pasukan terbaik daripada Peringkat Kumpulan akan bertemu dengan pasukan 3 atau 4 daripada kumpulan lain (ditentukan oleh pasukan di tempat pertama). Setiap perlawanan akan diaminkan secara Bo3.
Peringkat Playoff
Acara utama ataupun peringkat Playoff akan melibatkan kesemua 16 pasukan, dengan pasukan yang menang di peringkat Playoff akan bermula di Upper Bracket, manakala pasukan yang tewas akan bermula di Lower Bracket.
‘The International’ akan bermula secara rasmi pada hujung minggu terakhir kejohanan ini dengan perlawanan akan berlangsung di Royal Arena, Copenhagen, Denmark. Mereka akan bertanding untuk merebut hadiah terkumpul $2.3 juta.
Tiada pasukan dari Malaysia yang akan terlibat dengan kejohanan ini akan tetapi terdapat 6 pemain dari Malaysia iaitu tiga bermain dengan pasukan G2 x IG iaitu NothingToSay, JT-, xNova. Dua bermain dengan pasukan Talon Esports iaitu Ws dan Ponyo dan seorang bermain dengan Aurora iaitu Oli.