Firewalk Studios dan PlayStation Studios telah mengumumkan yang permainan multi-pemain mereka iaitu Concord yang baru sahaja dilancarkan pada 23 Ogos lepas akan ditamatkan pada 6 September 2024, iaitu 2 minggu selepas dilancarkan.
Mereka mengatakan yang walaupun terdapat perkara yang disukai oleh pemain, akan tetapi juga menyedari yang terdapat aspek lain yang tidak seperti yang diinginkan. Oleh itu, sementara mereka mencari cara terbaik untuk permainan ini, ia akan ditamatkan.
Bagi pemain yang melakukan pembelian di PlayStation 5 ataupun PC, pembayaran balik akan dilakukan sepenuhnya. Bagi pembelian di PS Store, bayaran balik akan dilakukan melalui cara pembayaran, manakala Steam dan Epic Games Store, pembeli akan dihubungi tidak lama lagi. Pemain yang membeli secara fizikal boleh menghubungi tempat ia dibeli untuk proses pembayaran balik.
Ini boleh dikatakan satu langkah kiri untuk Firewalk Studio dengan ia merupakan permainan pertama mereka, manakala bagi PlayStation ia satu lagi kegagalan di dalam menghasilkan permainan live service yang berjaya.