CD Projekt Red telah bekerjasama dengan Go On Board untuk hadir dengan mainan berpapan berdasarkan siri permainan Cyberpunk 2077, mereka telah melancarkan kempen biayasama di Gamefound hari ini.
Mereka menyasarkan untuk mengutip $100 ribu (~RM436 ribu) sepanjang kempen ini akan tetapi mereka tidak perlu menanti lama apabila kempen ini berjaya mengutip jumlah tersebut dalam masa 10 minit sahaja. Semasa penulisan ini, ia sudah mengutip $333 ribu daripada 2075 penyumbang.
Jika anda berminat untuk melakukan biayasama, kempen ini menawarkan dua pilihan iaitu $79 untuk mendapatkan permainan ini sahaja, ataupun $139 untuk turut mendapatkan ganjaran-ganjaran yang ditawarkan melalui sasaran lanjut.
Anda boleh layari kempen biayasama Cyberpunk 2077 – The Board Game jika inginkan maklumat lanjut ataupun berminat untuk menyumbang.