‘Honkai: Star Rail’ Versi 2.5 Dilancarkan Pada 10 September

HoYoverse telah mengumumkan yang Honkai: Star Rail versi 2.5 dengan judul “Flying Aureus Shot to Lupine Rue” akan dilancarkan pada 10 September 2024. Kemaskini ini antaranya akan menyertakan watak baharu iaitu Feixiao, Lingsha dan juga Moze.

Selepas berlakunya pelarian daripada The Shackling Prison, Cloud Knights telah hadir untuk melakukan misi keselamatan. General Feixiao juga mengetuai satu pasukan untuk mencari penjenayah yang melarikan diri. Manakala General Jing Yuan pula akan menyiasat insiden tersebut dan General Huaiyan akan memerhati Luofu’s Six Commissions.

Pada masa yang sama, Luminary Wardance juga akan berlangsung yang akan menarik minat ramai peserta termasuk juga Luka yang akan melawat Xianzhou Luofu buat pertama kali. Pemain boleh melakukan aktiviti untuk acara ini bagi mendapat Tuskpir sebagai haiwan peliharaan.

Feixiao akan disertakan sebagai watak 5-bintang yang mengikut aliran The Hunter dan elemen Wind. Feixiao merupakan watak DPS yang akan melakukan serangan tambahan setiap kali rakan sepasukan melakukan serangan. Setiap serangan juga akan memberikannya “Flying Aureus”, apabila dia menggunakan Ultimate, dia akan menggunakan kesemua “Flying Aureus” untuk melakukan serangan yang kuat.

Seorang lagi watak 5-bintang ialah Lingsha yang mengikut aliran Abundance dengan elemen Fire. Di dalam pertempuran, Lingsha boleh memanggil Fuyuan iaitu binatang ciptaannya yang boleh melakukan serangan. Ia akan hilang selepas beberapa gerakan tetapi boleh dipanjangkan menggunakan kemahiran Lingsha. Serangan Utimate-nya akan melakukan serangan kepada semua penjahat, menyembuh kesemua rakan dan memberikan kesan Befog yang mempertingkatkan kesan Break.

Tambahan pada itu, Moze juga akan disertakan sebagai watak 4-bintang yang baharu yang mengikut aliran The Path dengan elemen Lightning. Moze boleh menjadikan satu lawan sebagai Prey dan dia akan memasuki keadaan Departed, setiap kali rakan sepasukan melakukan serangan terhadap Prey, Moze akan melakukan serangan tambahan.

Bagi banner untuk versi ini, mereka juga membawa sesuatu yang berlainan untuk watak rerun, bagi bahagia pertama pemain akan mempunyai banner untuk Feixiao bersama dengan banner untuk tiga watak rerun iaitu Robin, Black Swan, dan Kafka dan pemain boleh pilih watak yang diinginkan. Bagi pertengahan kedua akan disertakan banner untuk Lingsha bersama dengan watak rerun iaitu Topaz.

Sohor Kini