Remedy Entertainment telah mengumumkan yang mereka menjalinkan kerjasama dengan Annapurna dengan Annapurna akan memanggung 50% kos pembangunan Control 2 dan akan mendapat hak untuk penerbitan produk audiovisual, filem dan juga siri TV berdasarkan dua permainan Remedy iaitu Control dan juga Alan Wake.
Remedy Entertainment akan mendapat pendapatan yang lebih daripada jualan Control 2 selepas Annapurna mendapat semula pelaburan mereka, selain itu Annapurna juga mendapat perkongsian pendapatan yang lebih untuk produk-produk audiovisual.
Control pada awalnya merupakan IP yang dipegang oleh Remedy dan juga 505 Games, semasa pengumuman buat pertama kali untuk Control 2 iaitu pada tahun 2022, pengumuman dilakukan secara bersama.
Pada awal tahun ini, Remedy telah membuat bayaran lebih kurang $18 juta untuk mendapat hak sepenuhnya daripada 505 Games. Pada waktu itu, Remedy mengatakan dengan memiliki hak sepenuhnya, ia memberi mereka pilihan yang lebih lagi untuk menentukan perkembangan masa depan IP ini.
Permainan pertama iaitu Control dilancarkan pada tahun 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC sebelum turut tiba di Nintendo Switch setahun kemudian, dan untuk PlayStation 5 serta Xbox Series pada tahun 2021.