Netflix dan Eiichiro Oda telah mengumumkan yang sesi penggambaran bagi musim kedua untuk siri aksi nyata One Piece sudah bermula dan mereka juga menyatakan penceritaan yang akan disertakan di dalam musim ini iaitu LogueTown, Reverse Mountain (sebelum dan ketika kru lanun Topi Jerami memasuki Grand Line), Whiskey Peak, Little Garden dan Drum Mountain.
Mereka juga telah mengumumkan pelakon-pelakon lain yang akan terlibat iaitu Mark Harelik membawa watak Dr. Hiriluk, Katey Sagal membawa watak Dr. Kureha, Sendhil Ramamurthy membawa watak Nefertari Cobra dan Charithra Chandran membawa watak Miss Wednesday.
Senarai pelakon ini menyertai pelakon-pelakon yang diumumkan sebelum ini iaitu Mr. 3 yang dilakonkan oleh David Dastmalchian, Miss Valentine yang dilakonkan oleh Jazzara Jaslyn, Mr. 5 dilakonkan oleh Camrus Johnson, Mr. 9 dilakonkan oleh Daniel Lasker, Crocus lakonan Clive Russell, dua rakan gergasi iaitu Dorry dilakonkan oleh Werner Coestser, Brogy dilakonkan oleh Brendan Murray, Smoker yang akan dilakonkan oleh Callum Kerr, Tashigi yang dilakonkan oleh Julia Rehwald, Wapol lakonan Rob Colletti dan Dalton yang akan di bawa oleh Ty Keogh.
Musim pertama untuk siri aksi nyata One Piece ini telah menerima penerimaan yang sangat baik dengan lebih 37.8 juta tontonan dalam masa dua minggu mula disiarkan. Selain itu, siri ini turut menjadi ‘Top 10’ di 93 negara, termasuk juga Malaysia.
Baca: Ulasan One Piece (Netflix).