Sebagaimana yang diumumkan pada bulan Jun lepas, permainan seterusnya di dalam siri Life is Strange iaitu Life is Strange: Double Exposure, Max Caulfield akan kembali menjadi watak utama, tambahan pada itu dia juga telah menerima kuasa yang berlainan.

Melalui video terbaru yang dikongsi oleh Square Enix, kuasa baharu tersebut diperlihatkan dengan lebih lanjut.

Berbanding dapat mandir masa seperti kuasa asal Max, dia sebaliknya dapat melihat garis masa berlainan yang memberi peluang untuknya berjumpa dengan watak yang sama tetapi dengan personaliti berlainan ataupun menggunakannya untuk menyelesaikan tekaria.

Fokus utama bagi Max di dalam permainan ini adalah menyiasat mengenai pembunuhan yang berlaku terhadap rakannya Safi.

Life is Strange: Double Exposure akan dilancarkan pada 30 Oktober 2024 untuk PlayStation 5, Xbox Series, dan PC. Ia juga diumumkan untuk Nintendo Switch tetapi tarikh pelancaran akan diumumkan kemudian.

Sohor Kini