Paramount Pictures telah berkongsi treler untuk Sonic the Hedgehog 3 yang akhirnya memperlihatkan Keanu Reeves sebagai Shadow iaitu landak baharu yang diperkenalkan di dalam siri filem ini sepertimana Knuckle diperkenalkan ketika Sonic the Hedgehog 2.
Treler juga memperlihatkan bagaimana Shadow telah menjadi mangsa uji kaji dan selepas berjaya melepaskan diri dan ingin membalas dendam dengan melakukan keganasan. Tugas untuk menghentikan Shadow jatuh kepada Sonic, Tails dan Knuckles.
Namun, Shadow tampaknya terlalu hebat untuk pasukan Sonic dan dia mencadangkan meminta bantuan daripada Ivo Robotnik yang masih dilakonkan oleh Jim Carrey walaupun terdapat laporan mengenai beliau ingin bersara, tambahan itu, di akhir treler juga diperlihatkan beliau membawa satu lagi watak iaitu Gerald Robotnik, datuk kepada Ivo.
Sonic the Hedgehog 3 akan ditayangkan di pawagam pada 26 Disember 2024.