Don’t Nod ketika acara Gamescom 2024 telah berkongsi terbaru untuk permainan seterusnya oleh mereka iaitu Lost Records: Bloom & Rage. Melalui treler ini diperlihatkan sesuatu yang berlaku yang membuatkan kesan trauma terhadap empat orang sahabat.

Seperti permainan Don’t Nod yang mempopularkan mereka iaitu Life is Strange, Lost Records menyertakan tatamain pengembaraan dengan pemain boleh memilih dialog dan juga aksi yang berlainan, ia akan memberikan pengalaman penceritaan yang berbeza.

Lost Records: Bloom & Rage akan dilancarkan secara dua bahagian, iaitu bahagian pertama yang juga dipanggil sebagai Tape 1 dilancarkan pada 18 Februari 2025 diikuti Tape 2 yang akan dilancarkan pada 18 Mac 2025.

Sohor Kini