Supermassive Games telah mengumumkan permainan terbaru untuk The Dark Pictures Anthology iaitu Directive 8020 yang akan dilancarkan pada tahun 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan juga PC melalui Steam.
Seperti permainan-permainan sebelum ini yang menggunakan pelakon terkenal sebagai watak utama, Directive 8020 juga melakukan perkara yang sama dengan Lashana Lynch yang terlibat dengan filem seperti Captain Marvel dan The Woman King akan menjadi watak utama.
Lashana Lynch akan membawa watak angkasawan yang berada di dalam kapal Cassiopeia dan dikejar oleh satu makhluk asing yang kelihatan boleh menukar rupa.
The Dark Pictures Anthology oleh Supermassive Games ini telah menerima lima permainan sebelum ini iaitu Man of Medan, Little Hope, House of Ashes, The Devil in Me, dan Switchback VR.