Techland ketika acara Gamescom 2024 telah mengumumkan Dying Light: The Beast akan dilancarkan untuk PlayStation, Xbox dan juga PC tetapi masih tiada sebarang tarikh pelancaran. The Beast merupakan permainan kendiri yang akan meletakkan pemain sebagai Kyle Crane iaitu protagonis untuk permainan pertama siri ini.
Bagi yang bermain permainan pertama iaitu Dying Light yang dilancarkan pada tahun 2015 agak menarik untuk melihat Kyle Crane kembali, tetapi melalui pengenalan bagi permainan ini dikatakan yang Kyle Crane terlepas daripada satu ujikaji yang dahsyat dan di dalam misi untuk membalas dendam.
Siri ini mempunyai dua permainan iaitu Dying Light bersama dengan penambahannya The Following dan Dying Light 2 Stay Human yang dilancarkan pada tahun 2022.