2K bersama dengan pembangun Hangar 13 ketika acara Gamescom 2024 telah mengumumkan yang permainan baharu Mafia akan dilancarkan pada tahun 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC dengan judul Mafia: The Old Country.
Permainan ini dikatakan memfokuskan kepada permulaan untuk jenayah kongsi gelap dengan berlatar masa 1900an dan bertempat di Sicily. Selain itu, mereka juga mengumumkan yang maklumat lanjut mengenai permainan ini akan diumumkan pada bulan Disember 2024.
Mafia merupakan siri permainan yang mula dilancarkan pada tahun 2002 dan telah menerima tiga permainan utama, iaitu Mafia, Mafia II dan Mafia III dengan Mafia III dilancarkan pada tahun 2017. Ia juga menerima beberapa versi penambah-baikkan termasuk juga Mafia: Definitive Edition.