Borderlands 4 Diumumkan Untuk Tahun 2025

Gearbox Software ketika acara pembukaan untuk Gamescom 2024 telah mengumumkan yang Borderlands 4 akan dilancarkan pada tahun 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Mereka juga berkongsi treler acah yang sekadar memperlihatkan topeng Psycho.

Borderlands 4 akan tiba 6 tahun selepas permainan utama terakhir dilancarkan iaitu Borderlands 3. Siri ini juga menerima beberapa permainan sampingan seperti Tiny Tina’s Wonderland dan New Tales from the Borderlands, kedua-duanya pada tahun 2022.

Baru-baru ini filem aksi nyata berdasarkan siri permainan juga mula ditayangkan di pawagam akan tetapi kurang mendapat sambutan oleh pengkritik dan juga penonton. Randy Pitchford iaitu pengasas bersama Gearbox mempunyai interaksi yang kurang baik mengenai kritikan filem tersebut dengan menyekat beberapa akaun X.

Sohor Kini