A24 telah dilaporkan memilih Brad Caleb Kane untuk menjadi showrunner baharu bagi Crystal Lake iaitu siri prekuel untuk Friday the 13th. Brad Caleb Kane sebelum ini pernah terlibat dengan siri seperti Fringe, Tokyo Vice dan Black Sails.
Crystal Lake diumumkan pada tahun 2022 dengan Bryan Fuller dipilih untuk menjadi showrunner, akan tetapi pada bulan Mei tahun lepas, beliau mengatakan sudah meninggalkan projek tersebut kerana perbezaan kreatif.
Siri ini ditempah oleh Peacock yang masih berminat dan ingin untuk ia diteruskan walaupun dengan perubahan showrunner ini.