Deadline telah melaporkan yang Lucasfilm telah memilih untuk tidak meneruskan siri Disney+ The Acolyte untuk musim kedua. Buat masa ini masih tiada pengumuman rasmi oleh Disney+ ataupun Lucasfilm, akan tetapi laporan itu juga mengatakan jumlah tontonan yang rendah walaupun bermula dengan baik menjadi antara sebab ia dibatalkan.
The Acolyte merupakan siri yang dihasilkan oleh Leslye Headland yang ingin membawa satu penceritaan di luar kisah Skywalker, siri ini berlaku 100 tahun sebelum The Phantom Menace. Ia memfokuskan kepada kisah jedi menyiasat mengenai beberapa pembunuhan jedi yang berlaku.
Siri ini menerima ulasan yang baik oleh pengkritik, akan tetapi kurang digemari oleh penonton termasuk juga menerima review bomb di Rotten Tomatoes.
Musim pertama boleh ditonton di Disney+ Hotstar dan mengandungi 8 episod. Anda juga boleh baca ulasan kami melalui pautan berikut: Ulasan The Acolyte.