Ubisoft hari ini telah berkongsi lanjut mengenai Star Wars Outlaws untuk PC, dengan memfokuskan fungsi-fungsi yang disokong melalui versi ini, termasuk juga memperlihatkan spesifikasi PC untuk menjalankan permainan ini.
Mereka juga berkongsi video untuknya yang anda boleh tonton di bawah.
Bagi spesifikasi untuk PC, boleh dikatakan ia memerlukan PC yang berkuasa jika ingin dapatkan grafik terbaik, walaupun spesifikasi minimal masih memerlukan penggunaan teknologi Upscaling, seperti DLSS, FSR ataupun yang lain-lain. Selain itu, permainan ini juga memerlukan sekurang-kurangnya 16GB RAM dan penggunaan SSD.
Berikut merupakan spesifikasi yang dikongsi:
Minimal
Dicadangkan
Enthusiast
Ultra
Ubisoft juga mengumumkan yang versi PC ini akan menyokong pelbgai teknologi seperti Ray-traced global illumination, reflections, and shadows NVIDIA RTXDI, NVIDIA DLSS 3.5, Intel XESS 1.3 dan AMD FSR3.0, kadar bingkai tanpa had, paparan 21:0 dan juga sokongan multi-monitor serta ultra-lebar.
Star Wars: Outlaws akan dilancarkan pada 30 Ogos 2024 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.