Overwatch Musim 12 Dilancarkan Bersama Hero Baharu – Juno

Overwatch telah mengumumkan musim baharu mereka iaitu Musim 12 yang antaranya membawa hero baharu iaitu Juno, 2 peta baharu untuk mod Clash dan juga seperti biasa ia juga menawarakan Battle Pass baharu yang mempunyai versi percuma dan berbayar untuk mendapat kostum buat Doomfist dan juga Ana.

Juno merupakan hero support yang senjatanya boleh menembak untuk menyembuh rakan sepasukan dan juga menyerang lawan, selain itu boleh juga melakukan serangan kedua yang melancarkan projectiles untuk melakukan perkara yang sama.

Kebolehan untuk Juno pula dia boleh melakukan Glide Boost untuk bergerak secara menegak dengan lebih pantas, seterusnya Hyper Ring yang menghasilkan satu gelung yang apabila dilalui oleh rakan sepasukan akan meningkatkan kelajuan pergerakan mereka, manakala Ultimate iaitu Orbital Ray, Juno akan memanggil sinaran yang akan menyembuh rakan dan menyerang lawan.

Musim baharu ini juga mempekenalkan mod baharu iaitu Clash yang menawarkan sesi permainan yang lebih pantas dengan sasaran pemain untuk mengambil beberapa capture points. Bagi mod ini, terdapat dua peta baharu iaitu Temple of Anubis dan Hanaoka.

Blizzard juga telah mengumumkan yang bagi pelanggan Xbox Game Pass mereka boleh menyambung akaun untuk mendapatkan pelbagai ganjaran menaik seperti 30 Mythic Prisms dan enam kostum iaitu Cardboard Reinhardt, Turtleship D.Va, Cyberdragon Hanzo, Street Runner Genji, Bee Mercy, dan Cleric Lifeweaver. Pastikan anda langgan dan sambung akaun sebelum 21 Oktober untuk mendapatkannya.

Overwatch 2 dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Sohor Kini