Prime Video telah berkongsi treler terakhir untuk The Lord of the Rings: The Rings of Power Musim 2 yang antaranya memperlihatkan Siege of Eregion iaitu satu peperangan di antara Sauron dan Elves of Eregion, ia merupakan permulaan kepada peperangan di antara dua puak tersebut.
Treler ini juga memperlihatkan kesan Rings of Power mula kelihatan kepada pemakai, satu helah yang sudah dirancangkan oleh Sauron selepas dihalau oleh Galadriel di musim yang lepas. Dua episod untuk musim baharu ini akan disiarkan pada 29 Ogos di Prime Video diikuti dengan satu episod akan tiba secara mingguan sehingga 3 Oktober 2024.
Siri ini dihasilkan oleh J. D. Payne dan Patrick McKay yang juga menjadi showrunner untuk siri ini. Bagi senarai pelakon pula, antaranya ialah Morfydd Clark, Lenny Henry, Sara Zwangobani, Robert Aramayo dan Charlie Vickers.
Prime Video boleh dilanggan dengan harga RM25 sebulan ataupun dapatkan bersama dengan Twitch Prime yang juga ditawarkan dengan harga yang sama.