Guinness World Records telah mengumumkan yang Ibrahim Al-Nasser dari Arab Saudi merupakan pemegang rekod untuk jumlah konsol terbanyak disambung ke satu TV. Dia mendapat rekod tersebut dengan menyambung 444 konsol ke satu TV.
Bagi membolehkan sambungan ini berfungsi, dia telah menggunakan 30 penukar RCA dan 12 penukar HDMI. Dia memiliki konsol klasik seperti Magnavox Odyssey yang merupakan konsol rumah pertama yang dipasarkan iaitu pada 1972 sehinggalah PlayStation 5 Slim yang dilancarkan akhir tahun lepas.
Dia pada awalnya menyedari dia memiliki terlalu banyak konsol yang tidak boleh dimainkan, dia mula menggunakan penukar untuk menyambung lebih banyak konsol, sehinggalah hadir idea untuk menyambung kesemua konsol yang dia ada dan menghubungi Guinness World Records mengenainya kerana ia sesuatu yang unik.
Ibrahim Al-Nasser mengatakan yang dia perlu merujuk Excel untuk melihat cara mengakses sesuatu konsol dan daripada 444 konsol yang dia miliki, konsol kegemarannya adalah Sega Genesis.