Free Fire World Series – Asia Tenggara Fall 2024 akan bermula pada 16 Ogos ini dan berlangsung sehingga 13 Oktober 2024. Kejohanan ini akan melibatkan 18 pasukan yang terdiri daripada 4 negara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam.
Berikut adalah senarai pasukan mengikut negara:
Kejohanan ini akan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Peringkat Kalah Mati, Peringkat Point Rush dan Peringkat Akhir:
Tarikh: 16 Ogos – 29 September 2024
Lokasi: Dalam Talian
Kesemua pasukan akan dibahagikan kepada 3 kumpulan:
Kumpulan A | Kumpulan B | Kumpulan C |
P Esports | Team Falcons | EVOS Divine |
Buriram United Esports | Expand | ONIC Olympus |
All Gamers | Todak | WAG |
Indostars | GOW | Twisted Minds |
Attack All Around | RRQ Kazu | Heavy |
Team Vamos | HUA Esports | Bigetron Delta |
Mereka akan bertempur selama 6 minggu dengan tiga hari perlawanan setiap minggu. Setiap hari akan melibatkan 12 pasukan dari dua kumpulan. Setiap pasukan akan bermain sebanyak 72 perlawanan secara keseluruhan.
Kedudukan akan dikira secara keseluruhan dengan 12 pasukan terbaik akan melayakkan diri ke peringkat seterusnya iaitu Peringkat Point Rush dan Peringkat Akhir.
Tarikh: 11 – 12 Oktober 2024
Lokasi: Surabaya, Indonesia
Kesemua pasukan akan bertempur sebanyak 12 perlawanan iaitu 6 perlawanan setiap hari. Peringkat ini tidak akan mempunyai penyingkiran akan tetapi setiap pasukan berpeluang untuk mendapat Headstart Points bagi memberi kelebihan di Peringkat Akhir. Headstart Points diberikan mengikut kedudukan setiap pasukan untuk setiap hari, markah adalah seperti berikut:
Tarikh: 13 Oktober 2024
Lokasi: Surabaya, Indonesia
Peringkat ini akan memperlihatkan 6 pusingan terakhir untuk setiap pasukan mendapat sebanyak markah bagi mendapat kedudukan terbaik. Mereka bukan sahaja merebut hadiah terkumpul $300 ribu tetapi juga untuk mendapat 8 slot ke Free Fire World Series – Global Finals 2024 yang akan berlangsung di Brazil, November ini.
Anda boleh mengikut kejohanan ini melalui saluran rasmi Garena Free Fire. Free Fire sudah dilancarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.