Sony Pictures telah berkongsi treler terbaru untuk Kraven the Hunter, mereka juga mengesahkan yang filem ini akan ditayangkan pada 12 Disember berbanding bulan Oktober yang diumumkan sebelum ini.
Treler ini masih memfokuskan kepada hubungan yang rumit di antara Sergei Kravinoff ataupun Kraven lakonan Aaron Taylor-Johnson dan bapanya lakonan Russell Crowe.
Filem ini diarahkan oleh J.C Chandor dan ditulis oleh Richard Wenk, Art Marcum dan Matt Holloway. Senarai pelakon lain yang akan terlibat adalah Fred Hechinger, Christopher Abbott, Ariana DeBose dan Alessandro Nivola.
Kraven the Hunter akan menjadi filem keenam untuk Sony’s Spider-Man Universe (SSU), jika Venom: The Last Dance ditayangkan terlebih dahulu Oktober ini. Ia hadir selepas filem Venom, Venom: Let There Be Carnage, Morbius dan juga Madame Web.