Microsoft telah memperkenalkan Compact Mode bagi Windows Game Bar yang direka khusus untuk penggunaan paparan yang lebih kecil seperti PC mudah alih, selain itu ia juga mempertingkatkan pengalaman semasa menggunakan alat kawalan.

Fungsi ini sedang diuji melalui Xbox Insider yang anda boleh daftar jika ingin mengakses-nya dan dijangka akan tiba untuk semua dalam masa terdekat. Windows Game Bar merupakan fungsi yang disertakan bersama dengan Windows untuk mengakses tetapan semasa bermain permainan video termasuk juga memperlihatkan FPS dan merakam sesi permainan.
Microsoft sebelum ini turut menyertakan Compact Mode untuk aplikasi Xbox di PC yang juga khusus untuk penggunaan di PC mudah alih dan penggunaan bersama alat kawalan.