Pembangun ‘Fallout: London’ Ingin Menjadi Studio Indie

Pasukan pembangun Fallout: London iaitu mod untuk Fallout 4 yang mengubah permainan tersebut untuk berlatar tempatkan di London telah mengumumkan yang penerimaan yang baik mod tersebut dan juga sumbangan derma daripada pemain membantu mereka untuk menubuhkan studio indie sendiri yang digelar sebagai Team FOLON.

Melalui temubual bersama dengan BBC (dilaparkan oleh PCGamesN), Dead Carter pengarah bagi Fallout: London mengatakan yang walaupun mereka berbangga dapat menawarkan mod tersebut secara percuma akan tetapi barangan percuma tidak membantu mereka untuk membayar perbelanjaan.

Melalui studio indie ini mereka berharap dapat membangunkan idea, permainan sendiri sebagai satu komuniti dan tidak perlu mendengar arahan ataupun bergantung harap kepada syarikat atasan. Mereka juga mengesahakan yang akan terus menambah-baik Fallout: London dan menambah kandungan-kandungan yang tidak disertakan sebelum ini.

Sohor Kini