Fortnite ketika acara D23 telah mengumumkan yang musim baharu bagi permainan battle royale tersebut akan memfokuskan kepada kandungan Marvel dengan judul Fortnite x Marvel: Absolute Doom yang akan bermula pada 16 Ogos 2024.
Sebahagian daripada musim ini adalah Absolute Doom Battle Pass yang menyertakan kostum Gwenpool, War Machine, Peelverine, Emma Frost, Captain Jonesy, Mysterio, Shuri, dan Doctor Doom. Epic Games juga mengumumkan watak Fantastic Four juga akan disertakan tetapi bukan sebahagian daripada Battle Pass.
Kerjasama di antara Fortnite dan Marvel ini hadir selepas Walt Disney Company mengumumkan yang mereka membuat pelaburan sebanyak $1.5 bilion untuk mendapat pegangan di dalam Epic Games pada awal tahun ini.
Fornite sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, PC dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.