HBO Go telah mengumumkan yang Furiosa: A Mad Max Saga akan tiba di platfrom tersebut pada 16 Ogos 2024 lebih kurang 3 bulan selepas ia mula ditayangkan di pawagam. Ia merupakan filem terbaru di dalam siri filem Mad Max dan merupakan prekuel kepada Mad Max: Fury Road.
Furiosa: A Mad Max Saga seperti judulnya memfokuskan kepada Furiosa yang kali ini dibawa oleh Anya Taylor-Joy dan memperlihatkan bagaimana Furiosa diculik daripada tempatnya dan menjadi sebahagian daripada puak Immortan Joe.
HBO Go boleh dilanggan dengan harga RM23.30/sebulan, ia juga boleh didapati bersama dengan langganan Astro dan juga Unifi TV.