Krafton iaitu penerbit permainan video dari Korea yang terkenal dengan permainan PUBG: Battlegrounds telah mengumumkan yang mereka mengambil-alih Tango Gameworks dan akan menjadi sebahagian daripada studio permainan di bawah mereka.
Zenimax pada bulan Mei lepas telah mengumumkan yang mereka akan menutup Tango Gameworks di dalam penstrukturan semula, melalui kenyataan akhbar, Krafton mengatakan mereka akan berkerjasama dengan Xbox dan Zenimax untuk memastikan peralihan yang baik dan memastikan Tango Gameworks dapat terus beroperasi tanpa sebarang masalah.
Tango Gameworks juga dikatakan akan meneruskan pembangunan mereka untuk mengembangkan lagi Hi-Fi Rush dan juga projek-projek baharu. Peralihan ini tidak akan melibatkan judul sedia ada iaitu The Evil Within, The Evil Within 2, Ghostwire Tokyo dan juga permainan pertama Hi-Fi Rush akan terus dimiliki oleh Zenimax.
Tango Gameworks ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Shinji Mikami dan mereka diambil-alih oleh ZeniMax Asia pada tahun yang sama sebelum menjadi sebahagian daripada Xbox pada tahun 2020 selepas Microsoft mengambil-alih Bethesda.