LucasFilm ketika acara D23 telah memperlihatkan treler pertama untuk siri seterusnya berdasarkan Star Wars iaitu Star Wars: Skeleton Crew. Siri ini akan tiba di Disney+ Hotstar pada bulan Disember ini dan dikatakan berlaku di latar masa yang sama dengan Ahsoka dan The Mandalorian.

Seperti yang diperlihatkan di dalam treler dan diumumkan sebelum ini, siri ini memfokuskan kepada sekumpulan kanak-kanak yang tersesat ke kawasan Jedi dan mereka berjumpa dengan watak lakonan Jude Law yang merupakan seorang jedi.

Star Wars: Skeleton Crew akan mula disiarkan di Disney+ Hotstar pada 4 Disember 2024.

Sohor Kini