Menteri Kehakiman Turkiye, Yilmaz Tunc melalui perkongsian di akaun X beliau telah mengatakan yang Mahkamah Jenayah Keamanan telah menyekat akses kepada Roblox dan sebarang perkhidmatan yang berkait dengan platform tersebut.

Tindakan ini diambil selepas Pejabat Pendakwa Raya Awam mendapati yang kandungan-kandungan yang terdapat di dalam platform tersebut boleh mendedahkan kepada eksploitasi kanak-kanak dan menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan keselamatan kanak-kanak.

Mereka juga menegaskan yang Turkiye antara negara yang sentiasa memandang dekat perkembangan teknologi semasa dan kegunaannya dengan cara yang baik akan tetapi tidak akan berkompromi dengan penggunaan dengan cara yang negatif.

Melalui kenyataan yang diberikan oleh Roblox kepada Reuters, mereka sentiasa mementingkan keselamatan pengguna terutama kanak-kanak.

“Kami menghormati undang-undang dan peraturan di setiap negara kami beroperasi dan bersama dengan mereka di dalam melindungi kanak-kanak. Kami akan bekerjasama dengan mereka untuk memastikan Roblox akan kembali di Turkiye secepat yang mungkin”

Roblox merupakan antara permainan dengan jumlah pemain teramai di dunia dan telah dilancarkan untuk hampir kesemua platform termasuk juga untuk PlayStation baru-baru ini.

Sohor Kini