GSC ketika tayangan perdana untuk Takluk: Lahad Datu hari ini telah mengumumkan yang filem tersebut akan turut ditayangkan di dewan IMAX, ini menjadikan ia filem kedua selepas MALBATT: Misi Bakara pada tahun lepas.

Filem ini mengambil inspirasi daripada kisah benar mengenai krisis pencerobohan Lahad Datu yang berlaku pada tahun 2013 oleh sekumpulan militan dari Filipina yang cuba melakukan tuntutan terhadap kawasan tersebut.

Selain itu, seperti diumumkan sebelum ini, GSC juga menawarkan kempen ‘Beli 1 Percuma 1’ untuk tayangan awal filem ini iaitu pada 16, 17, dan 18 Ogos dengan tiket sudah boleh didapatkan bermula hari ini.

Sohor Kini