Larian Studios menyambut ulang tahun pertama untuk Baldur’s Gate 3 dengan berkongsi beberapa statistik pemain yang menarik sepanjang setahun ini. Antara yang dikongsi adalah Astarion watak paling popular untuk pemain menjadikan sebagai Avatar (watak pilihan pertama) tetapi lebih 93% pemain memilih untuk menghasilkan watak sendiri.
Daripada jumlah tersebut, Paladin merupakan kelas paling popular manakala Elf pula adalah bangsa yang paling banyak dipilih oleh pemain. Paling kurang popular pula adalah Cleric untuk kelas dan Halfling untuk bangsa.
Mereka juga mengatakan yang terdapat 141 ribu pemain telah berjaya mengalahkan Honour Mode iaitu tahap kesukaran tertinggi di dalam permainan ini. Manakala 1.2 juta pemain lain mencuba Honour Mode tetapi gagal dengan 76% daripada mereka memilih untuk membuang fail simpanan sesi tersebut.
Anda boleh lihat perkongsian penuh di akaun X untuk permainan ini.
Baldur’s Gate 3 sudah dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, dan PC. Anda boleh baca ulasan kami untuknya di pautan berikut Ulasan Baldur’s Gate 3.