Meta Tutup Ready At Dawn Pembangun Lone Echo, The Order: 1886

Android Central telah melaporkan menurut memo dalaman di Meta Ready at Dawn Studios iaitu studio permainan video yang sebelum ini membangunkan permainan Lone Echo dan Lone Echo 2 sudah ditutup.

Bekas pekerja Ready at Dawn Studios telah digalakkan untuk memohon pekerjaan di studio lain di bawah Oculus Studios dan Meta mengatakan yang mereka ingin memastikan dapat mengekalkan pekerja tersebut seramai yang mungkin.

Meta (sebelum ini Facebook) mengambil-alih Ready at Dawn pada tahun 2020 selepas mereka membangunkan permainan realiti maya Lone Echo dan sedang membangunkan permainan susulan Lone Echo 2.

Sebelum itu, mereka merupakan studio yang ditubuhkan oleh bekas pembangun Naughty Dog dan terlibat dengan banyak projek permainan untuk PlayStation seperti God of War: Chains of Olympus, God War: Ghost of Sparta dan The Order: 1886.

Sohor Kini