PlayStation 5 Telah Terjual Sebanyak 61 Juta Unit Setakat 30 Jun

Sony telah mengumumkan prestasi kewangan mereka bagi suku pertama untuk tahun fiskal 2024/2025, bersama dengan pengumuman ini mereka juga telah berkongsi jumlah terbaru PlayStation 5 diedarkan.

Mereka telah mengatakan yang sepanjang tiga bulan yang lepas, PlayStation 5 telah diedarkan sebanyak 2.4 juta unit menjadikan jumlah keseluruhan PS5 terjual adalah 61 juta unit setakat 30 Jun 2024.

Bagi jumlah permainan terjual, untuk suku lepas, 53.6 juta unit terjual dengan 6.0 juta unit adalah permainan yang diterbitkan oleh mereka sendiri. Daripada jumlah tersebut, 80% adalah pembelian permainan secara digital.

Mereka juga mengumumkan terdpaat 116 juta pengguna aktif bulanan bagi suku ini, iaitu sedikit menurun berbanding suku lepas yang mencatat 118 juta pengguna.

Sohor Kini