Pada hujung minggu lepas, kami berkesempatan untuk melihat sendiri kejohanan Honor of Kings Invitational Midseason 2024 yang dianjurkan bersama dengan penganjuran Piala Dunia Esukan di Riyadh, Arab Saudi. Kejohanan ini telah memperlihatkan KPL Dream Team iaitu pasukan terdiri daripada pemain terbaik dari King Pro League menjadi juara, manakala pasukan dari Malaysia, LGD Gaming MY di tempat kedua. Dua lagi pasukan dari Malaysia iaitu Weibo Gaming MY dan Team Secret sebahagian daripada 8 pasukan terbaik.
Selain itu, kami juga diberi peluang untuk melakukan wawancara bersama James Yang iaitu Pengarah untuk Pusat Esukan Global bagi Tencent Games. Beliau bertanggungjawab di dalam pembangunan program-program esukan untuk Tencent Games bagi permainan seperti PUBG Mobile dan juga Honor of Kings. Beliau mempunyai pengalaman lebih 22 tahun dan terlibat dengan permainan-permainan lain seperti Battlefield Online dan FIFA Online.
[Wawancara ini diterjemah daripada bahasa Inggeris dan sudah disunting untuk kepanjangan dan kejelasan]
Esukan akan terus menjadi strategi utama untuk pelancaran permainan ini secara global, bahkan sebelum pelancaran secara global lagi kami sudah menganjurkan kejohanan Honor of Kings Invitational 2024 Season 1 di Turkiye dan Season 2 di Malaysia. Jadi, esukan akan terus menjadi sesuatu yang penting untuk Honor of Kings. Kami akan terus mengembangkan dan juga melabur di dalam esukan seperti apa yang kami sedang lakukan sekarang – menyertai Piala Dunia Esukan dan juga Honor of Kings Championship bulan Oktober ini.
Satu fakta mengenai Asia Tenggara adalah penembusan telefon pintar di benua ini adalah sangat tinggi, ada negara yang mencatat lebih 100% dengan kata lain, seorang individu di negara tersebut mempunyai lebih daripada satu telefon pintar. Tambahan pada itu, esukan untuk permainan mudah alih juga sangat popular di Asia Tenggara. Berdasarkan pemerhatian kami, peminat di Asia Tenggara juga terbuka untuk bermain permainan baharu. Oleh disebabkan itu kami akan memberikan lebih usaha untuk pasaran Asia Tenggara dan merasakan peminat menerima dengan baik strategi kami, dan kami juga sangat berbesar hati dengan penerimaan yang diberikan oleh peminat di pasaran ini.
Saya merasakan yang terdapat cabaran di semua tempat dan bukan Asia Tenggara sahaja, namun sebagai kumpulan esukan, saya boleh katakan kejohanan esukan berlangsung setiap masa di setiap tempat seluruh dunia yang membuatkan kami perlu bekerja 24 jam, 7 hari seminggu. Kami sentiasa berhubung sesama sendiri dan boleh katakan yang “esukan tidak pernah tidur”. Namun, kami menyukainya, kami bukan sekadar menganjur kejohanan tetapi kami melakukannya dengan penuh semangat dan sangat gembira melihatnya berjaya. Oleh itu, ia tidaklah satu cabaran tetapi satu keperluan untuk memastikan kejayaan permainan ini.
Jawapan yang ringkas adalah ‘Ya’. Honor of Kings merupakan salah satu permainan yang sudah mempunyai perjanjian multi-tahun dengan EWC oleh itu Honor of Kings bukan sahaja akan terlibat dengan EWC untuk tahun ini, tetapi juga untuk tahun-tahun depan. Setakat ini kami sangat gembira dengan penganjuran EWC terutama untuk kualiti produksi, peminat di sini dan juga sokongan daripada EWC Foundation dan juga kerajaan di sini sangat baik. Oleh itu, kami lebih daripada gembira untuk terlibat dengan EWC buat satu jangka masa yang lama dan merasakan ia akan terus menjadi lebih baik di masa depan.
Honor of Kings merupakan permainan MOBA di iOS dan Android, ia sudah dilancarkan sejak tahun 2015 lagi tetapi lebih memfokuskan kepada pasaran China. Pelancaran secara global bermula pada tahun lepas di Brazil, diikuti di Turkiye pada awal tahun ini sebelum secara global termasuk juga di Malaysia dan Asia Tenggara pada 20 Jun 2024.