Prison Architect 2 Tertunda Ke Tarikh Yang Tidak Diumumkan Lagi

Paradox Interactive telah mengumumkan yang Prison Architect 2 yang sepatutnya dilancarkan pada bulan depan kini ditunda ke satu tarikh yang tidak diumumkan lagi. Mereka mengatakan memerlukan lebih masa untuk mempertingkatkan prestasi permainan dan juga kandungan baginya.

Walaupun dengan penundaan ini, mereka mengatakan yang percaya permainan kedua bagi siri ini akan menjadi satu permainan yang baik dan tidak sabar untuk memperlihatkan segala pembaharuan yang di bawa di dalam permainan ini.

Pada awal pembangunan untuk Prison Architect 2 iaitu sekuel kepada Prison Architect yang dilancarkan pada tahun 2013, ia dibangunkan dengan kerjasama bersama Double Eleven. Namun, pada bulan Jun lepas, Double Eleven mengatakan yang mereka tidak dapat mencapai kata sepakat komersial dengan Paradox Interactive dan tidak lagi terlibat dengan pembangunan tersebut.

Prison Architect 2 sebaliknya sedang dibangunkan dengan kerjasama bersama Kokku iaitu studio sebelum ini terlibat dengan pelbagai permainan seperti Horizon Forbidden west, EA Sports WRC dan Call of Duty Black Ops Cold War.

Sohor Kini